BAB 5 : CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN


BAB 5 


 CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN


Langkah pihak politeknik menempatkan para pelajar untuk menjalankan Latihan Industri adalah salah satu langkah yang sangat efektif dan efisyen. Saya pasti ramai dalam kalangan kita tidak menyedari sesebuah syarikat / organisasi yang berkembang maju adalah bermula daripada sistem pentadbiran dan pengurusan yang sempurna, sistematik dan stabil.

Latihan Industri yang digiatkan sememangnya memberi kelebihan dan kebaikan. Program ini harus diteruskan kerana ianya banyak memberi manfaat kepada para pelajar dan peluang kepada mereka untuk memahami alam pekerjaan yang sebenar bagi mendapatkan pengalaman bekerja di sesebuah organisasi firma ataupun syarikat. Dengan adanya latihan sebegini, ia dapat memberi keyakinan kepada para pelajar untuk menempuh alam pekerjaan sebenar yang mencabar dan bijak menggunakan peluang yang ada seperti ini.


Pendedahan sebegini perlu dimiliki oleh setiap pelajar sebagai persediaan awal untuk bersaing dipasaran globalisasi ini. Seterusnya, dengan latihan ini, para pelajar tersebut akan menjadi bakal pekerja yang berkualiti daripada segenap aspek untuk memenuhi keperluan organisasi.

Comments

Popular posts from this blog

BAB 4 : LAPORAN TEKNIKAL (KERJA)

BAB 3 : RINGKASAN MINGGUAN