BAB 2 : PENGENALAN SYARIKAT


BAB 2 

 PENGENALAN SYARIKAT



Nama syarikat ini adalah Wan Vacation SDN BHD (Min House Camp) yang berletak lebih kurang 5km dari pusat bandar Kubang Kerian, Kelantan. Min House Camp merupakan sebuah pusat pelancongan dan ianya suatu tempat yang agak menarik dan sangat sesuai bagi mereka yang mencari ketenangan.

Hal ini disebabkan keadaan pepohon sekitarnya yang agak menghijau serta dipenuhi hidupan fauna yang melestarikan lagi tempat ini. Geografi kawasan ini juga sangat indah kerana terletak di pinggir sungai bersih dan tenang serta juga memiliki penyusunan kawasan yang sistematik seperti satu kawasan dewan serbaguna sekaligus dijadikan ruang kursus, tempat solat berjemaah dan tempat persembahan para peserta kursus. Keadaan dewan di celah pepohon flora yang menghijau dapat mendamaikan lagi suasana dewan tersebut. Keadaan ruang dewan makan pula dilengkapi dengan meja-mejanya yang diperbuat daripada buluh-buluh dan beratapkan pula dengan dedaun nipah.

Tidak lupa juga, pusat pelancongan Min House Camp ini menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti dibawah:

  • Memelihara dan menjaga kawanan lebah kelulut
  • Mengambil hasil madu kelulut daripada lebah kelulut
  • Mencabar jati diri pengunjung yang ingin melakukan perkhemahan dicelah-celah pepohon yang meninggi
  • Aktiviti kukuran nyior, kisaran
  • Memanah
  • Yoyo tradisional
  • Claim digging and river shower
  • Mengayuh kayak di sungai 
  • Berkebun menghiasi tanam-tanaman serta alam sekitar
Juga turut menyediakan :
  • Kawasan perkhemahan
  • Rumah penginapan
  • Ruang pemandangan di tepi sungai
  • Dewan serbaguna
  • Dewan makan
  • Kawasan kebun organik
  • Zoo pemeliharaan haiwan mini
  • Dan lain lain
Sedia maklum bahawa Min House Camp ini masyhur namanya malah hingga ke peringkat antarabangsa kerana turut mendapat pengunjung dari luar negara juga dan tempat ini dikenali sebagai sebuah tempat yang memperkenalkan identiti asal Malaysia kerana masih mengamal tradisi-tradisi melayu sejak turun temurun.

Comments

Popular posts from this blog

BAB 4 : LAPORAN TEKNIKAL (KERJA)

BAB 5 : CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN

BAB 3 : RINGKASAN MINGGUAN