BAB 6 : PENUTUP

BAB 6

PENUTUP



Setinggi-setinggi penghargaan saya ucapkan kepada pihak pengurusan Min House Camp kerana telah memberi peluang kepada saya menjalankan latihan industri ditempat ini selama 6 bulan. Khasnya buat Puan Wan Noriah Binti Wan Ramli selaku pengurus di syarikat ini dan menguruskan hal kami semasa menjalani latihan industri di organisasi ini. Selain itu, En. Zanini Bin Muhammad selaku penyelia saya kerana beliau banyak membantu saya dalam menjalankan kerja-kerja disyarikat ini terutama pada bahagian yang saya tidak mahir. En Norhisyam Bin Naim juga banyak memberi tunjuk ajar kepada saya tentang bagaimana saya harus menjalankan dan melakukan tugas saya dengan baik pada sesi saya bersama mereka selama enam bulan ini.

Segala tunjuk ajar daripada semua pekerja terutama dalam bahagian mekanikal telah memberikan saya pengalaman yang baru dalam selok-belok menguruskan tempat sebegini. Pengalaman ini akan saya gunakan semasa saya melangkah ke alam pekerjaan pada masa yang akan datang.
Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Unit Latihan Industri dan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang banyak membantu dari penyediaan sebelum dan selepas menjalani latihan industri.  Setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pensyarah yang terlibat terutama Puan Nurul Izza Binti Redzuan kerana telah membantu dalam penyediaan laporan latihan industri ini.

Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya; En. Zulkefli Bin Mohd Yusoff dan Pn. Salma Binti Mahmood dan juga ahli keluarga yang lain yang telah banyak memberikan dorongan dan sokongan yang padu kepada saya selama menyiapkan buku laporan dan menamatkan latihan industri selama 6 bulan ini.

Comments

Popular posts from this blog

BAB 4 : LAPORAN TEKNIKAL (KERJA)

BAB 5 : CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN

BAB 3 : RINGKASAN MINGGUAN