Posts

Showing posts from April, 2018

BAB 6 : PENUTUP

Image
BAB 6 PENUTUP Setinggi-setinggi penghargaan saya ucapkan kepada pihak pengurusan  Min House Camp   kerana telah memberi peluang kepada saya menjalankan latihan industri ditempat ini selama 6 bulan. Khasnya buat Puan Wan Noriah Binti Wan Ramli   selaku pengurus di syarikat ini dan menguruskan hal kami semasa menjalani latihan industri di organisasi ini. Selain itu, En. Zanini Bin Muhammad selaku penyelia saya kerana beliau banyak membantu saya dalam menjalankan kerja-kerja disyarikat ini terutama pada bahagian yang saya tidak mahir.   En Norhisyam Bin Naim juga banyak memberi tunjuk ajar kepada saya tentang bagaimana saya harus menjalankan dan melakukan tugas saya dengan baik pada sesi saya bersama mereka selama enam bulan ini. Segala tunjuk ajar daripada semua pekerja   terutama dalam bahagian mekanikal telah memberikan saya pengalaman yang baru dalam selok-belok menguruskan tempat sebegini.   Pengalaman ini akan saya gunakan semasa saya melangkah ke alam pekerjaan pad

BAB 5 : CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN

BAB 5   CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN Langkah pihak politeknik menempatkan para pelajar untuk menjalankan Latihan Industri adalah salah satu langkah yang sangat efektif dan efisyen. Saya pasti ramai dalam kalangan kita tidak menyedari sesebuah syarikat / organisasi yang berkembang maju adalah bermula daripada sistem pentadbiran dan pengurusan yang sempurna, sistematik dan stabil. Latihan Industri yang digiatkan sememangnya memberi kelebihan dan kebaikan. Program ini harus diteruskan kerana ianya banyak memberi manfaat kepada para pelajar dan peluang kepada mereka untuk memahami alam pekerjaan yang sebenar bagi mendapatkan pengalaman bekerja di sesebuah organisasi firma ataupun syarikat. Dengan adanya latihan sebegini, ia dapat memberi keyakinan kepada para pelajar untuk menempuh alam pekerjaan sebenar yang mencabar dan bijak menggunakan peluang yang ada seperti ini. Pendedahan sebegini perlu dimiliki oleh setiap pelajar sebagai persediaan awal untuk bersaing dipasaran glo

BAB 4 : LAPORAN TEKNIKAL (KERJA)

Image
BAB 4 LAPORAN TEKNIKAL 4.1  Menukar minyak enjin motosikal  Peralatan-alatan Spannar  Bekas (untuk minyak hitam yang telah digunakan) Cara menukar minyak enjin motosikal Letakkan bekas untuk minyak hitam yang telah digunakan dibahagian bawah skru penutup tangki minyak hitam. Longgarkan skru nut dibawah enjin. Buang skru penutup tangki itu dengan tangan. Buka penutup yang berada diatas tangki minyak hitam. Biarkan minyak hitam itu mencurah ke dalam bekas yang berada dibawah. Tunggu sehingga tiada lagi minya hitam keluar daripada tangki minyak hitam. Kemudian ketatkan balik skru pada lubang yang berada dibawah tangki minyak hitam. Setelah itu tuangkan minyak hitam yang baharu. Pastikan kadar minyak hitam dalam tangki itu diantara penanda minimum dan maximum. Tutup lubang atas tangki minyak hitam dengan aras yang telah disediakan. Gambar 1 Gambar 2 Gambar 3 4.2  Menukar pad brek depan motosikal  Peralatan-alatan

BAB 3 : RINGKASAN MINGGUAN

BAB 3  RINGKASAN MINGGUAN Minggu 1 - 2 Mencuci kipas Melabelkan pokok-pokok Menyediakan aquaponik untuk tanaman Mencuci kipas dan air-cond Mengacuk pepohon Minggu 3 - 4 Mengecat sarang kelulut Menyambut kedatangan timbalan menteri sumber asli alam sekitar Membersih kawasan sekitar  melaksanakan pertanian hidroponik Mencuci sarang burung Minggu 5 - 6 Mencuci dan membersih kawasan  Membuat kebun mini Membersih dorm asrama Membersihkan rumah penginapan VIP Minggu 7 - 8 Menukar minyak hitam pada motorsikal Menukar lampu signal motorsikal Menukar tayar motorsikal Mengemas stor Minggu 9  - 10 Menanam, menyiram pohon dan berkebun Mencuci kayak Servis enjin air Mengambil madu kelulut BBQ untuk para staf Minggu 11 - 12 Persediaan dewan buat pengunjung (kursus)  Menyediakan makanan buat pengunjung (kursus) Persediaan alatan kursus Lawatan ke pusat pembiakan ikan puyu Menukar fius plug Memasang dan membaiki enjin air Pe

BAB 2 : PENGENALAN SYARIKAT

Image
BAB 2   PENGENALAN SYARIKAT Nama syarikat ini adalah Wan Vacation SDN BHD (Min House Camp) yang berletak lebih kurang 5km dari pusat bandar Kubang Kerian, Kelantan. Min House Camp merupakan sebuah pusat pelancongan dan ianya suatu tempat yang agak menarik dan sangat sesuai bagi mereka yang mencari ketenangan. Hal ini disebabkan keadaan pepohon sekitarnya yang agak menghijau serta dipenuhi hidupan fauna yang melestarikan lagi tempat ini. Geografi kawasan ini juga sangat indah kerana terletak di pinggir sungai bersih dan tenang serta juga memiliki penyusunan kawasan yang sistematik seperti satu kawasan dewan serbaguna sekaligus dijadikan ruang kursus, tempat solat berjemaah dan tempat persembahan para peserta kursus. Keadaan dewan di celah pepohon flora yang menghijau dapat mendamaikan lagi suasana dewan tersebut. Keadaan ruang dewan makan pula dilengkapi dengan meja-mejanya yang diperbuat daripada buluh-buluh dan beratapkan pula dengan dedaun nipah. Tidak lupa juga, pusat

BAB 1 : PENGENALAN

Image
LATIHAN INDUSTRI SESI JUN 2018 NAMA : AHMAD KAMIL BIN ZULKEFLI NO K/P : 961221-03-5761 NO PENDAFtARAN : 08KJA16F1021 PROGRAM : SIJIL KEJURUTERAAN MEKANIKAL INSTITUSI : POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH FIRMA LATIHAN INDUSTRI : WAN VACATION SDN BHD (MIN HOUSE CAMP) TEMPOH LATIHAN INDUSTRI : 27 NOVEMBER 2017 HINGGA 13 APRIL 2018